Menu
Empat_Kebenaran_Mulia Pemahaman mengikut aliranMenuruf tafsiran Theravada yang tradisional, petikan-petikan kitab yang berikut merupakan ajaran lanjut untuk mereka yang bersedia: [8]
- Sifat Dukkha: Ini ialah kebenaran mulia tentang "dukkha": Kelahiran ialah dukkha, penuaan ialah dukkha, sakit ialah dukkha, kematian ialah dukkah; penyatuan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan ialah dukkha; pemisahan dengan perkara-perkara yang menyenangkan ialah dukkha; tidak dapat memperoleh apa yang dikehendaki ialah dukkha; mendapat apa yang tidak dikehendaki ialah dukkha; pendeknya, lima agregat yang tertakluk kepada perpautan ialah dukkha.
- Punca Dukkha (Samudaya): Ini ialah kebenaran mulia tentang punca dukkha: Keinginan ialah punca kelahiran semula, diiringi oleh keseronokan dan nafsu, mencari-carikan keseronokan di sana sini; iaitu keinginan untuk kepuasan sensual, keinginan untuk kewujudan, serta keinginan untuk penghapusan.
- Pemberhentian Dukkha (Nirodha): Ini ialah kebenaran mulia tentang pemberhentian dukkha: Ia adalah penghilangan beransur-ansur dan pemberhentian sama sekali keinginan tersebut, penyerahan dan peninggalannya, kebebasan daripadanya, serta ketakbergantungan kepadanya.
- Cara Yang Menuju ke Pemberhentian Dukkha (Magga): Ini ialah kebenaran mulia tentang cara yang menuju ke pemberhentian: Ia adalah Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu (1) pandangan yang betul, (2) niat yang betul, (3) pertuturan yang betul, (4) tindakan yang betul, (5) mata pencarian yang betul, (6) usaha yang betul, (7) kesedaran yang betul, dan (8) penumpuan yang betul. [7][9]
Sesetengah sutra Mahayana yang utama, termasuk Sutra Mahaparinirvana dan Sutra Angulimaliya, menyampaikan versi-versi kelainan Empat Kebenaran Mulia, selaras dengan metafizik dan soteriologi tersendiri. Sutra Srimala menerima Empat Kebenaran Mulia tetapi mendesak bahawa hanya Kebenaran Ketiga, iaitu pemberhentian penderitaan, adalah benar secara abadi. Dalam Sutra Mahaparinirvana, Buddha menyampaikan perumusan yang baru terhadap Empat Kebenaran Mulianya:
Serupa juga, Sutra Angulimaliya menegaskan pandangan sifat Buddha sebagai abadi, tidak berubah dan aman sebagai faktor-faktor yang utama dalam pembebasan diri daripada penderitaan; kegagalan untuk mengesan keabadian hakikat muktamad dikatakan merupakan punca utama keterperangkapan makhluk-makhluk dalam penderitaan samsara yang berterusan.
Menu
Empat_Kebenaran_Mulia Pemahaman mengikut aliranBerkaitan
Empat Empat Kebenaran Mulia Empat Ciri Gereja Empat puluh tujuh Ronin Empat Dara Empati Empat anak Horus Empat Ciptaan Hebat Cina purba Empat Besar (firma audit) Empat cerapanRujukan
WikiPedia: Empat_Kebenaran_Mulia http://www.berzinarchives.com/sutra/sutra_level_4/... http://www.metta.lk/tipitaka/2Sutta-Pitaka/3Samyut... http://Buddhism.2be.net http://Buddhism.2be.net/Four_Noble_Truths http://www.buddhanet.net/ http://www.buddhanet.net/filelib/pdf/4nobltru.zip http://myweb.cableone.net/subru/Buddhism.html http://www.accesstoinsight.org http://www.accesstoinsight.org/lib/modern/wings/3h... http://www.accesstoinsight.org/lib/study/truths.ht...